Thursday, November 5, 2009

s.Y.u.K.u.R

Syukur Alhamdulillah..
Segala urusan dipermudahkan

1. Deposit kedai dah bayar, tapi sewa mula jalan bulan 12/09. Tuan kedai dah kosongkan 3/4 daripada kedainya dan kami dah dibenarkan mula buat renovation kedai. Syukur kerana bertemu tuan kedai yang sangat mudah berurusan, bertolak ansur, dan kedai di lokasi yang strategik bagi aku.

2. Dah bertemu dan berbincang dengan pembekal untuk barangan kedai yang sanggup memberikan barangannya tanpa mereka mengambil keuntungan terlebih dahulu. Mereka sanggup memberi barangan pada harga mereka beli dan keuntungannya kami bayar selepas ada jualan.

3. "Kuda putih kesayangan" kami suami isteri nampaknya dah ada orang yang berminat untuk beli. Harap2 orang ini serius untuk membeli "kesayangan" kami dan menjaganya dengan sepenuh hati. "Kesayangan" tersebut terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan modal sokongan untuk membuka kedai. sob...sob..sob...










4. Adik iparku,isteri & anak sanggup berpindah kesini dari Kg Janda Baik semata-mata untuk membantu kami menjaga kedai. Mereka akan ditugaskan sebagai pengurus kedai memandangkan kami suami isteri bekerja "makan gaji".

Segala urusan terasa begitu dipermudahkan Allah sama seperti segala urusan semasa pernikahan kami suami isteri dulu. Mudah-mudahan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Insyaallah.

0 comments: