Sunday, November 15, 2009

M.a.L.a.i.K.a.T.m.U

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....

Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Wednesday, November 11, 2009

P.i.L.i.H.a.N

Setelah semuanya berjalan seperti yang dirancang
Tiba-tiba kami terjumpa lagi satu kedai
Yang diiklankan untuk disewa
Lokasi bersebelahan Maybank Seksyen 9, Bangi
"Jom, kita gie tengok kedai tu petang ni jugak"

Melangkah ke dalam kedai
"cantik....baru..."
Siap Plaster syiling + downlight
Cat purple
Dah pasang tiles
Cermin display dah ada
Bak kata..
"lap kaki,terus boleh masuk rumah"
Beli rak display..dah boleh terus masukkan barang..launch..

Compare dengan kedai yang dah kami bayar duit booking
Memang banyak yang nak kena renovate.

Ya Allah...dugaan apakah ini
Memilih satu antara dua..
Bukan satu perkara yang mudah
Hati mula tak tenteram
Keinginan memanglah terarah kepada kedai yang cantik
Manusia...memang mudah terpedaya dengan kecantikan

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kebaikan dalam urusanku dengan ilmuMu dan aku mohon kepastianMu dengan kehendakmu yang agung dan aku mohon padaMu keutamaanMu yang agung, maka sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, maka Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau mengetahui perkara yang ghaib dan tersembunyi. Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku dan baik bagi agamaku, duniaku serta akibatnya di akhir kelak, dengan cepat dan lambatnya, maka takdirkanlah, tentukanlah ia bagiku.

Thursday, November 5, 2009

s.Y.u.K.u.R

Syukur Alhamdulillah..
Segala urusan dipermudahkan

1. Deposit kedai dah bayar, tapi sewa mula jalan bulan 12/09. Tuan kedai dah kosongkan 3/4 daripada kedainya dan kami dah dibenarkan mula buat renovation kedai. Syukur kerana bertemu tuan kedai yang sangat mudah berurusan, bertolak ansur, dan kedai di lokasi yang strategik bagi aku.

2. Dah bertemu dan berbincang dengan pembekal untuk barangan kedai yang sanggup memberikan barangannya tanpa mereka mengambil keuntungan terlebih dahulu. Mereka sanggup memberi barangan pada harga mereka beli dan keuntungannya kami bayar selepas ada jualan.

3. "Kuda putih kesayangan" kami suami isteri nampaknya dah ada orang yang berminat untuk beli. Harap2 orang ini serius untuk membeli "kesayangan" kami dan menjaganya dengan sepenuh hati. "Kesayangan" tersebut terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan modal sokongan untuk membuka kedai. sob...sob..sob...










4. Adik iparku,isteri & anak sanggup berpindah kesini dari Kg Janda Baik semata-mata untuk membantu kami menjaga kedai. Mereka akan ditugaskan sebagai pengurus kedai memandangkan kami suami isteri bekerja "makan gaji".

Segala urusan terasa begitu dipermudahkan Allah sama seperti segala urusan semasa pernikahan kami suami isteri dulu. Mudah-mudahan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Insyaallah.